Belajar Terbitkan Karya
Anda ada karya yang sudah siap ditulis? Mahu terbitkan tetapi tidak tahu langkah-langkahnya? Usah pening lagi, kami bawakan kepada anda Bengkel Hantar Karya & Etika.
Tarikh: 09 Oktober 2021
Masa: 3-5 petang

Apa Yang Bakal Saya Belajar?
Sepanjang sesi dua jam nanti, kita akan telusuri cara-cara menghantar karya kepada rumah penerbitan agar ia dapat menangkap perhatian wakil penerbit.
Dalam masa yang sama, kita akan ketahui juga etika menghantar karya, apa yang selalunya menjadi kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh penulis dan pelbagai persoalan lain yang anda boleh ajukan kepada penyampai nanti.

Siapa Pengajar ?
Hafiz Latiff mula menulis dari zaman persekolahan sehingga kini. Karya-karyanya menembusi pelbagai media dalam bentuk eceran, juga diterbitkan dalam antologi buku dan zine. Beliau juga menerima Hadiah Utama (Puisi) bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2010).
Beliau juga berkecimpung dalam industri buku sebagai penerbit, ejen persuratan dan aktivis buku sejak tahun 2010. Beliau mengasaskan Legasi Oakheart, Kuras Buku dan Rimau Rights Literary Agency.
Sejak 2012, beliau aktif mengendalikan bengkel penulisan dan penerbitan sama ada di sekolah, IPTA/IPTS mahupun secara umum.

Yuran Kebijaksanaan
Yuran bagi kuliah online adalah PERCUMA.
Isi sahaja borang di bawah dan automatik sudah boleh sertai kuliah pada 9 Oktober ini.
Kami cuma mengenakan sedikit bayaran bagi mereka yang mahukan rakaman kuliah itu nanti.
Pilih mahu hadir kuliah sahaja atau mahu rakaman sekali. Dan isi borang di bawah ini.