Belajar & Menelusuri Sejarah Sepanjang bulan Ogos
Bulan Ogos ini sempena bulan kemerdekaan kami bawakan satu topik khusus bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di negara kita.
4 sesi kuliah kita adalah setiap hari Ahad bermula 8 Ogos sehingga 29 Ogos.




Sejarah umat ini bukan sejarah kalah dan menyerah. Sejarah umat ini adalah sejarah perjuangan gemilang.
Orang kata, “Sejarah ditulis oleh mereka yang menang.”
Sebenarnya sejarah bukan sekadar kisah menang kalah. Kita juga belajar sejarah untuk membentuk jati diri sendiri memahami bagaimana usaha orang terdahulu hidup dan berjuang.
Jadi tidak kira apa jua situasi, sejarah perlu ditulis.
Dan kita juga perlu mula menulis apa yang berlaku di sekeliling kita pada waktu sekarang.
Siri Dojo+ Ogos kali ini membawa anda semua menggali semula sejarah di Nusantara supaya pengajaran yang tersirat di dalamnya dapat kita pelajari bersama-sama.
Objektif kami untuk meluaskan cakupan pemahaman pencerobohan penakluk-penakluk dari Semenanjung Iberia (conquistidors) dari hanya Melaka ke seluruh Nusantara.
Sungguhpun mereka menang di Melaka tetapi jihad melawan Portugis di Semenanjung Tanah melayu berlarutan sehingga 1579.
Portugis mengalami pukulan demi pukulan dari Sunda Kelapa (Jakarta) hingga Demak di bawah pimpinan Raden Fath dan Sunan Gunung Jati (Wali songo).
Bukan sahaja Portugis dikalahkan di Sunda Kelapa bahkan berundur mengalah dari Maluku.
Walaupun Sepanyol mengalahkan kerajaan Islam Manila tetapi mengaku kalah di tangan Kerajaan Brunei dan terpaksa berdepan dengan pertahanan dari umat Islam yang ampuh selama 350 tahun dari Kepulauan Sulu hingga Mindanao.
"Peristiwa terbesar yang pernah berlaku pada bumi Nusantara di sepanjang sejarahnya ialah kedatangan dakwah Islam."
Tema utama yang menjadi tunjang siri Dojo+ Ogos ini adalah untuk menghidupkan semula semangat Islam sebagai rahmat di bumi nusantara ini.
Dr Hafidzi yang kami kenali sangat cermat dalam menguruskan dalil dan fakta sejarah supaya kita bersemangat atas sejarah yang benar.
Dr Hafidzi juga merupakan penggerak bantuan kemanusiaan MyCARE, salah satu badan NGO yang fokus kepada perjuangan rakyat Palestin.
Pengalaman beliau sebagai aktivitis kemanusiaan telah mematangkannya dalam usaha menggarap isu-isu kemanusiaan serta perkembangan dakwah Islam di serata dunia.

Berapakah Yuran Kebijaksanaan?
Kali ini kami tidak meletakkan sebarang yuran untuk menyertai siri kuliah Dojo+.
Ya, dalam erti kata lain ia adalah PERCUMA!
Cuma kami meletakkan bayaran RM30 sekiranya anda mahukan sekali rakaman bagi 4 siri kuliah tersebut.
4 sesi kuliah itu adalah pada setiap 10 pagi hari Ahad bermula 8 Ogos sehingga 29 Ogos 2021.