MUAFAKAT PENERBITAN
Antologi Anekdot Motivasi Sekolah Penulisan Ramadan 2020/2021
Baca sehingga habis.
Baca sehingga habis.
Projek anekdot motivasi di bawah tema Insan muncul atas permintaan peserta Sekolah Penulisan Ramadan (SPR) yang mahukan projek penulisan bercetak secara berkumpulan.
Maka, projek muafakat penerbitan (swaterbit bersama) berbentuk one-off project ini
diperkenalkan bagi menyambut permintaan ini.
Pasukan penerbitan buku ini juga merupakan muafakat bersama beberapa perkhidmatan penerbitan buku di Malaysia iaitu:
Mereka terlibat dalam suntingan, reka letak, rekaan sampul buku dan percetakan buku ini.
Bagi tujuan projek ini, mereka dipanggil Editorial Sekolah Penulisan Ramadan.
Persatuan Gerakan Penulis Malaysia (MyMove) sebagai penerbit.
Anekdot berbentuk motivasi dengan tema Insan; Setiap orang ada nilai.
Setiap anekdot mempunyai satu cerita berkenaan orang, objek atau peristiwa yang mempunyai satu panduan hidup yang dapat digali.
Ia boleh menjadi anekdot kisah benar, separa benar ataupun fiksyen.
Judul akhir buku akan diangkat daripada salah satu judul sumbangan peserta.
Setiap buku membawa 30 orang penulis dan 30 cerita.
Cerita sekitar 700 – 900 patah perkataan, tidak melebihi 3 halaman.
Saiz buku 5″x7.4″
Cetakan hitam dan putih
Kertas bulky paper
Ketebalan akhir buku sehingga 144 halaman
Dalam fail Word
Saiz A4
Jumlah antara 700 – 900 patah perkataan atau tidak melebihi 3 halaman.
Font Arial
Saiz 12
Langkau 1.5
Komitmen sebanyak RM150 dibayar oleh peserta sebelum projek bermula.
RM150 merupakan kos swaterbit melibatkan rekaan kulit, suntingan, reka letak dan cetak.
Pembayaran tidak termasuk kos penghantaran.
Selepas pembayaran, peserta akan menyertai bengkel penyediaan anekdot pada tarikh yang ditetapkan.
Penulis akan menerima 10 naskhah buku. Penulis juga akan ‘back to back’ dengan penyelaras dalam mengemas kini anekdot yang dihasilkan.
Setiap judul mengandungi 30 nama penulis yang menghasilkan satu cerita setiap orang.
Setiap nama bagi siri tersebut ditentukan berdasarkan senarai nama yang mendaftar dan membayar dalam borang di bawah.
Peserta akan dimaklumkan mereka akan berada di bawah siri ke berapa.
Tawaran muafakat penerbitan kepada penulis.
Penulis bersetuju dan pembayaran dilakukan.
Penulis menyertai kelas penulisan anekdot.
Penulis menyiapkan karya dalam tempoh 7 hari selepas kelas.
Penghasilan rekaan sampul buku.
Suntingan.
Reka letak.
Penyelarasan.
Penulis membuat pembacaan pruf dalam tempoh 2 hari.
Cetakan bermula.
Penghantaran kepada penulis.
Hak cipta karya dimiliki oleh penulis.
Hak cipta suntingan dan reka letak di bawah penerbit (MyMove).
Perubahan tarikh dan masa dalam penjadualan bergantung kepada dua situasi ini;
Pertama, Pengumuman kerajaan pada waktu PKP melibatkan pergerakan industri dan rakyat.
Kedua, Kesediaan peserta mengikut timeline yang diberikan serta jumlah yang menyertainya.
Perubahan akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh penerbit.
Isikan borang bersama pembayaran sebelum 5 Februari 2021.
Klik butang ‘Saya Setuju’ untuk mendaftar.