Belajar Tulis Lirik Diingati Sepanjang Zaman

Kali terakhir kami menganjurkan bengkel menulis lirik adalah pada tahun 2018.
 
Impian kami hanya satu, mahu memandaikan bangsa kita supaya pada masa akan datang, lagu-lagu yang berkumandang di radio atau yang viral di online mempunyai lirik yang berkualiti.
 
Lirik yang berkualiti memastikan lagu itu kekal evergreen sepanjang zaman.

Bagaimana Setiap Sesi Berlangsung ?

Dojo+ merupakan siri kuliah mingguan bermodul yang kami anjurkan mengikut bulan tertentu.
 
Bagi bulan Oktober, topik dan modulnya adalah mengenai penulisan lirik.
 
Kami guna platform Zoom Webinar bagi setiap kuliah.
 
Dan dirakam.
 
Setiap sesi berlangsung sekitar 2 jam.
 
Jadi, anda akan dapat rakaman 8 jam kuliah.

Siapa Pengajar ?

Anda boleh belajar terus dengan tuan Hairul Anuar Harun yang sudah menulis lebih 200 lirik dalam pelbagai genre.
 
Antara lagu yang beliau tulis adalah Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hati Kama (duet Datuk Seri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) dan Yayadan (Datuk Sharifah Aini).
 
Beliau turut menulis lagu untuk penyanyi seperti Rahmat (Ekamatra), Jamal Abdillah, Ameng (Spring), dan ramai lagi.

Yuran Kebijaksanaan

Yuran bagi mendapatkan rakaman kuliah ini hanyalah RM40 sahaja.
 

Lebih kurang RM10 per sesi.

Belajar dan berguru daripada mereka yang berpengalaman sekarang!

Pilih produk di bawah dan masukkan maklumat anda. Terus lakukan pembayaran.