Program Gempur Terbit dirancang dengan teliti melibatkan 6 orang panel berpengalaman dalam topik penulisan, penerbitan dan pemasaran buku!
Semua topik penting bagi mempersiapkan anda sebagai penulis bestseller!
Ada yang kata anda nampak okay. Sedangkan hanya diri anda yang tahu betapa kacaunya minda anda sekarang. Rasa hilang arah, tidak tahu di mana tahu lebih lanjut tentang ADHD selepas anda sendiri didiagnos mempunyai ADHD.
Emosi diri bercampur baur, kadangkala bimbang, takut dan sedih mengenang diri memiliki ADHD. Fikiran anda dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Gejolak emosi memberi kesan dalam kehidupan harian. Seperti stress, tak cukup tidur dan hilang fokus kerja.
Di sebalik ribuan persoalan yang muncul dalam benak fikiran, terdapat pelbagai informasi yang tidak jelas kesahihannya, adakah ia auta atau fakta.
Anda tidak tahu di mana jawapan dari sumber yang sahih dan benar sehingga berasa putus asa dalam memahami situasi yang anda hadapi sekarang.
Jangan berteka-teki atau percaya semua yang ada di internet. Ia sangat berisiko tinggi.
Sebaiknya, dapatkan nasihat dan bimbingan daripada sumber yang dipercayai seperti doktor dan ahli kesihatan yang bertauliah.
Sehingga hari ini, kami sendiri mempunyai ahli perubatan profesional sebagai peneliti kandungan website kami.
Jangan selesa.
Selepas mendapat nasihat dan bimbingan yang terbukti berkesan, ia bergantung pada diri kita sendiri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Usaha yang berterusan akan menentukan tahap keberkesanan kita dalam memahami dan mengurus diri yang didiagnos dengan ADHD.
Nak tahu bagaimana simptom ADHD dapat dikurangkan dalam kehidupan seharian?
Jawapannya: Sistem.
Bukan sistem yang berkaitan dengan teknologi.
Tapi gerak kerja kita. Apa langkah-langkah kita perlu ambil apabila simptom ADHD mula muncul?
Tanpa langkah-langkah yang jelas, lama kelamaan simptom ADHD yang tidak diurus dengan baik ini akan memberi kesan buruk kepada urusan seharian kita.
Bangun pagi dengan semangat ingin cuba benda yang baru, menjelang petang mula hilang minat dan semangat pagi tadi hilang begitu saja.
Kenapa jadi begini?
Kerana tidak ada sistem atau gerak kerja yang jelas dan tersusun dalam menangani simptom ADHD ini!
Melalui penulisan blog website, posting di Facebook Cogniversity, video dan live webinar sejak dari tahun lalu.
Namun kami dapati, masih ramai yang keliru, resah gelisah dan minda bercelaru apabila disahkan mempunyai ADHD.
Bertitik tolak dari itu, kami bangunkan video panduan ini bagi memberi panduan asas dalam pengurusan ADHD.
Panduan video ini mengandungi empat topik yang dibincangkan oleh empat ahli panel yang terpilih.
Dr Syaheedatul Iman berkongsi tentang:
🧠Kesahihan diagnosis ADHD Dewasa
🧠Faktor individu ADHD mendapat diagnosis di usia dewasa dan terlepas ketika kanak-kanak
🧠Kepentingan mendapatkan diagnosis dan rawatan untuk ADHD Dewasa
🧠Komorbiditi yang lazim dihidapi oleh individu dengan ADHD Dewasa
🧠Perbezaan praktis klinikal dan kaedah ujian yang digunakan dalam mendapatkan diagnosis ADHD Dewasa
Ahli Psikologi Nur Brkch berkongsi tentang pelan rawatan selepas pengesahan diagnosis ADHD Dewasa. Ini termasuklah:
💡 Pemahaman asas tentang ADHD Dewasa berkaitan dengan gejala ADHD yang mengganggu fungsi dalam kehidupan harian
💡 Faktor risiko dan kesan negatif dalam kehidupan sekiranya gejala tersebut tidak ditangani dengan baik.
💡 Maklumat berkaitan rawatan yang merangkumi pendekatan farmakologi (ubat-ubatan) dan bukan farmakologi (bukan ubat-ubatan) – keberkesanan dan kesan sampingan
💡 Kemahiran keibubapaan terutama bagi ADHD Dewasa yang mempunyai anak yang turut didiagnos dengan ADHD
💡 Kepentingan sokongan sosial dan penjagaan diri
Fatiha Shuib, Pengasas dan Pengarah Urusan 1Moment4Them untuk berkongsi tentang:
🍄 Jenis stigma – ‘internal stigma & external stigma’
🍄 Kenapa stigma wujud
🍄 Bagaimana untuk mengatasi stigma
🍄 Pengalaman peribadi Fatiha dalam mengatasi stigma
🍄 Manfaat pengurusan stigma kendiri dalam kesihatan mental
Ahli farmasi Nadiah Kamil yang juga mempunyai ADHD akan kongsikan mengenai:
💊 Jenis-jenis ubat yang digunakan untuk rawatan ADHD
💊 Cara ubat ADHD bertindak di dalam badan
💊 Kesan sampingan pengambilan ubat ADHD dan cara mengatasinya
💊 Mengenalpasti keberkesanan ubat pada badan seseorang individu
💊 Alternatif rawatan komplementari dan tradisional yang dapat digunakan untuk rawatan ADHD
Kenapa kami tidak berikan saja panduan ini secara percuma?
Kan lebih ramai bakal dapat manfaat?
Kami percaya dengan harga yang diberikan, anda akan lebih mempunyai komitmen untuk menonton dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dari video panduan ini.
Tiada jaminan harga video panduan ini kekal pada RM39 di masa akan datang.
Jadi selagi ia masih wujud, ambil peluang ini untuk belajar lebih lanjut tentang ADHD Dewasa daripada sumber yang sahih.
Bayangkan, dengan hanya RM39. Anda bakal :