Mahu Belajar Buat Web Ecommerce Sehingga Siap Dalam Tempoh 10 Hari?

Tonton video ini sehingga habis.

Play Video

Ya, kelas bina website 10 hari sahaja. 5 hari pertama kita fokus siapkan perkara basic (asas) sehingga boleh menjual dan 5 hari seterusnya kita lengkapkan sebarang kekurangan.

"Beliau bukan sekadar mengajar, tetapi memindahkan ilmu."

belajar kursus wordpress

Kelas bina website ini saya FOKUS kepada mereka yang baru bermula.

Sebelum ini tak pernah buat website, jadi sekarang mahu belajar buat sampai siap.

Sebelum ini pernah cuba-cuba buat website, tapi tak menjadi. Kita boleh tengok sama-sama apa puncanya.

Itu yang kawan saya kata, “Ini bukan sekadar kelas datang belajar.”

Sebab kita buat website sama-sama. Kita lalui pengalaman untuk kemas kini dan tambah baik website itu bersama-sama.

Siapa Patut Hadir?

1. Orang bisnes yang mahu menarik satu persatu pembaca agar menjadi pelanggan pada ayat terakhir.

2. Penulis yang mahu membina branding diri sendiri supaya tulisan lebih dikenali.

3. Orang akademik yang suka memudahkan pelajarnya untuk menelaah nota.

4. Orang yang baru memulakan bisnes mahu mencari golongan pengguna awal (early adopters) produk.

Jika anda salah seorang orang itu, memang ini kelasnya.

Modul 1 Asas Hosting dan dOMAIN

Belajar asas kepada pembangunan laman web. Apa itu hosting, domain dan daftar terus!

Modul 2 Asas WordPress

Fahami persediaan untuk mula berniaga secara online.

Modul 3 Cari/design template menarik

Belajar cara tambah baik website.

Modul 4 Design Landing Page

Landing page digunakan bagi membuat kempen jualan satu produk yang berkesan.

Modul 5 Siapkan Page Wajib

Ada beberapa page yang wajib tetapi jarang kita nak buat. Jadi modul terakhir ini kita belajar siapkan page tersebut.

Modul 6 bikin Web Ecommerce (bonus)

Bila dah siap semua, barulah kita design web ecommerce kita supaya cantik.

Berapa Yuran Kebijaksanaan?

Saya terhadkan jumlah peserta bagi setiap sesi.

Ini supaya saya boleh fokus bimbing seorang demi seorang dalam tempoh 10 hari.

Yuran untuk kelas 10 hari ini adalah RM490 sahaja.

Ya, murah tetapi tuan sediakan bajet dalam RM200 untuk beli domain dan hosting sendiri.

Kelas ini semuanya praktikal terus buat. Memang dari awal kelas terus bikin website sampai siap!

Bagaimana ia berlangsung?

Kita akan bermula pada 9 November 2020 ini. Kelas pada waktu malam selepas Isyak sekitar pukul 9.

Setiap hari akan ada tugasan. Habis sahaja sesi kelas online, saya berikan tugasan yang kena buat.

Semua peserta akan dikumpulkan dalam support group Telegram.

Saya akan gunakan website Yosh ini untuk latihan siapkan web nanti.