Belajar Tulis Lirik Diingati Sepanjang Zaman

Kali terakhir kami menganjurkan bengkel menulis lirik adalah pada tahun 2018.
 
Impian kami hanya satu, mahu memandaikan bangsa kita supaya pada masa akan datang, lagu-lagu yang berkumandang di radio atau yang viral di online mempunyai lirik yang berkualiti.
 
Lirik yang berkualiti memastikan lagu itu kekal evergreen sepanjang zaman.

Bagaimana Setiap Sesi Berlangsung ?

Dojo+ merupakan siri kuliah mingguan bermodul yang kami anjurkan mengikut bulan tertentu.
 
Bagi bulan Oktober, topik dan modulnya adalah mengenai penulisan lirik.
 
Perancangan kami buat masa ini kelas pada setiap hari Sabtu bermula 9 Oktober sehingga 30 Oktober 2021.
 
Masa setiap sesi adalah 2 jam (10:30 pagi – 12:30 tengah hari)
 
Kita akan gunakan platform Zoom Webinar bagi setiap kuliah.
 
Pada minggu ketiga, semua peserta akan diberikan tugasan untuk menulis lirik berdasarkan lagu yang diberikan.
 
Pada minggu keempat, kita akan bincang tugasan dan beberapa lirik terbaik akan dinyanyikan pada hari tersebut.
 
Jadi bagi memastikan anda boleh menyiapkan tugasan dengan baik, wajib hadir sesi minggu 1 dan minggu 2.

Siapa Pengajar ?

Anda boleh belajar terus dengan tuan Hairul Anuar Harun yang sudah menulis lebih 200 lirik dalam pelbagai genre.
 
Antara lagu yang beliau tulis adalah Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hati Kama (duet Datuk Seri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) dan Yayadan (Datuk Sharifah Aini).
 
Beliau turut menulis lagu untuk penyanyi seperti Rahmat (Ekamatra), Jamal Abdillah, Ameng (Spring), dan ramai lagi.

Yuran Kebijaksanaan

Yuran bagi Dojo+ Lirik ini adalah PERCUMA. Kami mahukan komitmen kehadiran anda pada setiap minggu.
 
Kami hanya mengenakan sedikit bayaran bagi yang mahukan rakaman.
 
Pilih sama ada mahu menghadiri kuliah sahaja atau mahu hadir kuliah beserta rakaman.